Friday, May 27, 2016

Bahaya Hormon Tiroid Yang Tidak Seimbang

Assalamualaikum...

Saya merupakan salah seorang pengidap tiroid. Dah lama rasanya sakit saya ini. Mula dikesan pada tahun 2006. Tapi saya degil. Tak berapa nak mengambil ubat. Kalau mati pun mungkin sebab tak ambil ubat. Setakat ni tak de apa pun yang saya lakukan untuk tiroid saya ni. Hanya berjumpa doctor kemudian kena makan ubat... Skip ubat... Sakit... Jumpa doktor semula... Jangan skip ubat... Baiklah doctor... Tapi skip lagi. Gitulah seterusnya. Kadang tu sebab saya penat nak makan ubat. Dan walaupun dah operate nanti pun, tetap kena makan ubat sepanjang hidup saya.

Saya tau bahayanya sakit ni kalau kita tak jaga. Tapi tu lah. Degil saya dan kebencian saya pada ubat ni memang tak boleh nak elak. Tambah pula tak ada orang yang nak marah saya kalau tak makan ubat. Apa tu tiroid?? Tiroid tu adalah kalenjar yang berbentuk rama2 yang terletak di hadapan leher.. Benda tu menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolism atau sistem badan yang membantu tubuh kita menggunakan tenaga. Kalau tiroid saya, rama2 dia lain macam. Sebelah kepak besar sebelah lagi kepak kecik. Badan rama2 tu tak ada tapi ada jambatan yang menghubungkan kedua kepak tu. Kecik je jambatan tu.

Kalau hormon tiroid tak seimbang, kita akan menghadapi banyak gejala. Gejala2 ni pun saya dah lalui. Tapi tu lahh... Insaf sekejap je bila dah kena, jumpa doctor, doctor marah lepas tu tak juga dengar cakap doctor. Saya senaraikan gejala2 yang mungkin akan menyerangi kita bila kita hanya ambil mudah perkara ni macam saya.

1. Letih Dan Lesu

Walaupun rasa letih dan lesu tidak bermaya mungkin dialami oleh semua orang. Pesakit tiroid ni walaupun jalan2 dalam rumah pun boleh cepat rasa penat. Ditambah pula berpeluh walaupun duduk dalam air-cond.

2. Masalah Kulit / Rambut / Kuku

Perubahan pada tekstur kulit. Kalau kulit sentiasa kering walaupun dah pakai losyen setiap jam. Setakat ni tak ada masalah kulit bagi saya, tapi tang rambut saya. Memang dah tinggal besar ibu jari je rambut saya ni. Selain tu kuku kita kalau mudah rapuh juga menandakan kalenjar tiroid kurang aktif.

3. Mood Berubah-Ubah

Mood berubah tu kurang juga la tapi saya cepat marah. Nak pula kalau dengan anak2. Kadang2 tu saya cuba control. Kesian anak2 kalau kita terlalu mengikut perasaan ni. Tapi kalau orang lain, ada yang saya dengar sampai duduk sorang2 bermurung tetiba bersedih. Takut pula saya dengar.

4. Mudah Lupa

Selalunya lupa kat mana simpan barang je la. Yang lain tu tak la. Nak pulak kalau nombor. Ataupun wasap yang saya baca. Jangan salah cakap dengan saya sebab saya ingat sangat apa yang orang taip. Pelupa saya hanyalah kat mana saya parking kereta. Kat mana saya letak kerongsang saya. Kat mana duit saya dihabiskan. Hahaha...

5. Sakit-sakit Otot

Rasa berdenyut, kejang atau sakit pada otot selalu sangat saya alami. Macam saya cakap tadi, jalan2 dalam rumah pun boleh penat. Malam nanti tetiba sakit otot. Bila encik suami tanya pergi mana sampai kejang2 kaki. Saya jawab pergi dapur, masuk bilik air, siram pokok, naik atas ambil baju. Penat huiii.

6. Pergerakan Usus Yang Tidak Dijangka

Yang ni paling saya ingat. Ada sehari tu masa awal pagi dalam pukul 4am. Saya terjaga dari tidur dalam keadaan yang berpeluh dan sakit nak memerut. Saya fikirkan mungkin saya salah makan. Memang ceri beri pagi tu. Dah masuk bilik pun tetap berpeluh. Saya mandi, dan ceri beri lagi. Masa dalam bilik air tu lah saya sesak nafas dan rasa jantung laju sangat. Bila sampai di kecemasan hospital pun saya masih berpeluh. Doctor hanya tanya berapa lama skip ubat ni. Saya sengih jee. Itu bermakna adanya gangguan dalam penghasilan hormon yang boleh menyebabkan masalah pencernaan. Kalau kurang hormon jadi sembelit. Tapi bula hormon berlebihan pula akan menyebabkan ceri beri  dan pergerakan usus yang lebih kerap.

Wowww... Rasa berilmu pula entri saya kali ini. Kalau cerita shopping je tak best juga kan. Cuti sekolah dah bermula. Harap anak2 dapat mengawal tiroid saya. Sebab masa cutilah saya asik menjerit. Hingga berjumpa lagi. Thanks for reading. XOXO.

No comments:

Post a Comment